Terma Penggunaan

25 Februari 2020

Selamat datang ke laman web Layered. Market America, Inc. dan Syarikat-syarikat sekutunya (termasuk Market Malaysia Shop Sdn. Bhd; secara kolektifnya dirujuk sebagai “Market America”) memberikan fungsi laman web kepada anda yang tertakluk kepada terma-terma penggunaan berikut (“Terma”). Terma ini terpakai di getlayered.com dan URL Layered yang lain, termasuklah ciri-ciri, isi kandungan, perkhidmatan dan aplikasi berkaitan (secara kolektifnya "Laman”) dan aplikasi telefon bimbit kami (secara kolektifnya “Aplikasi Mudah Alih”).

Kami bekerjasama dengan Shop MA, Inc., SHOP.COM Marketplace, Inc., Conquer Entertainment, Inc., UnFranchise Business Services, LLC, Layered, LLC, Lumière de Vie, LLC, maCares, NutraMetrix Educational Institute, Market America Worldwide, Inc. dan setiap subsidiari dan syarikat-syarikat bersekutu mereka (secara kolektifnya “Syarikat Bersekutu”). Rujukan yang dibuat terhadap “Market America”, “MA”, “Syarikat”, “kita”, “kami” dan “kami semua” dalam Terma tersebut secara kolektifnya termasuk Market America, Inc., dan Syarikat Bersekutu. Laman ini berpangkalan di Amerika Syarikat.

SILA BACA TERMA DAN SYARAT INI DENGAN TELITI. PENGGUNAAN LAMAN WEB ATAU APLIKASI MUDAH ALIH DIAMBIL KIRA SEBAGAI PERSETUJUAN ANDA UNTUK MENGIKUT TERMA INI, YANG SETERUSNYA MENGIKAT KONTRAK ANTARA MA DAN ANDA.

  1. Kesan Terikat/ Pengguna. Semua Terma ini menetapkan terma-terma ikatan yang sah di sisi undang-undang untuk Kegunaan anda dalam Laman dan Aplikasi Mudah Alih. “Guna” atau “Menggunakan” Laman atau Aplikasi Mudah Alih termasuk melayari, menggunakan atau mengakses kesemua atau sebahagian daripada Laman atau Aplikasi Mudah Alih, mencipta akaun, mendaftar masuk sebagai tetamu atau log masuk ke Laman atau Aplikasi Mudah Alih. Penggunaan Laman atau Aplikasi Mudah Alih menandakan bahawa anda telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan semua Terma ini, sama ada anda seorang “Pengguna Berdaftar” (anda berdaftar dengan Laman ini atau Aplikasi Mudah Alih ini ATAU laman MA yang lain), atau sebagai “Pelawat” (anda belum mendaftar). Pengguna berdaftar yang bukan Pemilik UnFranchise MA (“UFO”) adalah "Pelanggan Keutamaan MA." Terma “Pengguna” merujuk kepada seorang Pelawat atau Pengguna Berdaftar. Jika anda tidak bersetuju untuk mematuhi semua undang-undang yang berkaitan dan Terma ini, anda perlu berhenti Menggunakan Laman atau Aplikasi Mudah Alih ini. Anda akan menunjukkan penerimaan semua Terma ini semasa proses pendaftaran. Jika anda telah berdaftar dengan mana-mana laman MA yang lain sebelum ini, log masuk atau Penggunaan Laman atau Aplikasi Mudah Alih anda menunjukkan bahawa anda telah menerima semua Terma ini.
  2. Dasar/Terma Lain. Semua dasar yang dipaparkan di Laman ketika ini, dan semua dasar yang akan dipaparkan di Laman pada masa hadapan akan serta-merta termasuk dalam Terma ini.
  3. Perubahan. KAMI BERHAK UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN KEPADA LAMAN, APLIKASI MUDAH ALIH DAN SEMUA TERMA INI TANPA MEMBERIKAN NOTIS KEPADA ANDA. Anda bertanggungjawab menyemak Terma dan Syarat ini untuk sebarang kemaskini atau perubahan. Sekiranya anda masih menggunakan Laman atau Aplikasi Mudah Alih ini selepas MA menyiarkan perubahan kepada Terma ini, ia menandakan penerimaan anda terhadap perubahan tersebut.
  4. Kelayakan. Penggunaan Laman adalah tidak sah sekiranya ia dilarang mengikut undang-undang. Dengan Menggunakan Laman ini, anda mewakili dan menjamin bahawa (a) semua maklumat pendaftaran yang anda hantar ke Laman dan kesemua laman MA yang lain adalah benar, tepat, terkini dan lengkap; (b) anda akan mengemas kini dan mengekalkan ketepatan maklumat sedemikian; (c) anda mempunyai keupayaan di sisi undang-undang dan umur sah di sisi undang-undang untuk menerima dan bersetuju untuk terikat dengan Terma-terma ini (sepertimana yang tertera dalam undang-undang dan peraturan-peraturan bidang kuasa anda); dan (d) Penggunaan Laman tersebut tidak melanggar sebarang undang-undang, peraturan atau kawalan.
  5. Pembatalan. MA mempunyai hak mutlak untuk menamatkan Pendaftaran anda dan/atau untuk menolak, mengehadkan, menggantung atau menamatkan Penggunaan anda atas seluruh atau sebahagian daripada Laman atau Aplikasi Mudah Alih pada bila-bila masa, dengan atau tanpa sebab, bersama atau tanpa notis atau penjelasan, dan tanpa liabiliti. MA mempunyai hak untuk menamatkan Pendaftaran anda dan/atau menolak, mengehad, menggantung, atau menamatkan Penggunaan anda atas semua atau sebahagian daripada Laman atau Aplikasi Mudah Alih jika MA menentukan secara mutlak bahawa anda telah melanggar semua Terma ini atau bahawa anda mungkin mengancam Laman, Aplikasi Mudah Alih dan/atau Penggunanya. Selepas Pendaftaran dan/atau akses ditamatkan, semua Terma ini akan turut ditamatkan, tetapi peruntukan berikut masih digunapakai: Seksyen 1, 2, 5, 7.1, 7.3, 7.4, 7.5, 7.6, 8, 9, 10, 17.7, 18, 19, 20, 22, 23 dan 24.
  6. Kata Laluan. Anda akan mencipta satu nama pengguna dan kata laluan semasa pendaftaran. Jika anda pernah mendaftar dengan laman MA yang lain, anda boleh log masuk ke Laman dan Aplikasi Mudah Alih menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang sama. Anda bertanggungjawab untuk mengekalkan kerahsiaan dan keselamatan kata laluan anda dan bersetuju bahawa anda tidak akan mendedahkan kata laluan anda kepada mana-mana pihak ketiga. Anda bersetuju untuk tidak menggunakan akaun, nama pengguna atau kata laluan Pengguna yang lain. Anda bersetuju untuk memaklumkan MA dengan kadar segera sekiranya anda mengesyaki sebarang penggunaan tidak sah terhadap akaun anda atau akses kepada kata laluan anda. Anda bertanggungjawab sepenuhnya atas sebarang dan seluruh penggunaan akaun anda.
  7. Hak Proprietari kepada Kandungan Laman.
    1. Hak terhadap Kandungan Laman. Semua isi kandungan yang tersedia dalam Laman dan Aplikasi Telefon Bimbit, termasuk reka bentuk, teks, siaran blog, grafik, profil, mesej, nota, pengiklanan, penyenaraian, gambar, imej, video, bio, maklumat, ulasan, karya penulisan, permohonan, perisian, muzik, bunyi dan fail-fail lain, serta pemilihan dan penyusunannya (“Kandungan Laman”) adalah harta hak milik persendirian MA atau pemegang lesennya dengan semua hak cipta terpelihara. Melainkan ia telah diterangkan dengan jelas dalam Terma ini, anda dilarang untuk menyalin, mengubah, menterjemah, menerbit, menyiarkan, memindah, mengedar, menggunakan, mempersembahkan, mengepos, memaparkan, membentuk, menghasilkan semula, menerbitkan semula, memuat turun atau menjual semua atau sebahagian daripada Isi Kandungan Laman, dalam apa-apa bentuk atau cara sekalipun, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, elektronik, mekanikal, fotostat, merekod, atau dengan cara lain, tanpa kebenaran bertulis daripada MA terlebih dahulu.
    2. Lesen. Pengguna Berdaftar Semasa diberikan satu lesen boleh batal yang terhad untuk Menggunakan Isi Kandungan Laman dan untuk muat turun atau mencetak satu salinan Isi Kandungan Laman yang telah diberikan akses penuh kepada mereka untuk kegunaan peribadi, bukan kegunaan komersial, dengan syarat mereka menyimpan semua hak cipta atau notis hak milik yang lain secara utuh (“Lesen”). Anda tidak dibenarkan memuat naik atau menerbit semula Isi Kandungan Laman di sebarang laman internet, intranet atau extranet, atau menggabungkan maklumat dengan pangkalan data lain atau kompilasi, atau menerbitkan Isi Kandungan Laman dalam sebarang bentuk atau format. Lesen ini tertakluk kepada Terma berikut dan tidak termasuk penggunaan perlombongan data, robot atau kaedah pengumpulan atau pengambilan data yang serupa dengannya. Sebarang Penggunaan Laman, Aplikasi Mudah Alih atau Isi Kandungan Laman selain daripada yang dibenarkan di sini adalah dilarang sama sekali dan akan membatalkan Lesen tersebut. Penggunaan yang Tidak Sah mungkin melanggar undang-undang yang berkaitan, termasuk undang-undang hak cipta dan tanda dagangan serta peraturan komunikasi. Melainkan ia dinyatakan di sini, sebarang Penggunaan Isi Kandungan Laman adalah dilarang sama sekali. Melainkan ia dinyatakan secara jelas di sini, segala yang terkandung dalam Terma ini hendaklah diertikan sebagai pemberian sebarang lesen untuk hak milik intelektual, samada melalui estopel, implikasi atau cara lain. Lesen ini boleh dibatalkan pada bila-bila masa sahaja tanpa notis dan dengan atau tanpa sebab.
    3. Maklumat Kepenggunaan. Apabila berdaftar dengan Laman ini, Aplikasi Mudah Alih atau mana-mana laman MA yang lain, anda akan diminta untuk memberikan maklumat peribadi tertentu seperti nama, alamat, nombor telefon, alamat emel, umur, jantina, maklumat korporat, testimoni, maklumat kad kredit atau debit, dan tarikh lahir (“Maklumat Peribadi”). Anda juga mungkin memberikan maklumat tambahan seperti minat, hobi, pilihan gaya hidup, warna dan jenis kulit/rambut, wajah, penjagaan kulit dan tabiat serta masalah kecantikan, tabiat perbelanjaan, ahli kumpulan berkaitan (cth. sekolah), penyesuaian Halaman utama mengikut citarasa anda, fsilem kegemaran, kumpulan muzik, artis, genre muzik, pelakon, sukan dan pasukan (“Maklumat Budi Bicara”). Semua Maklumat Peribadi dan Budi Bicara dianggap sebagai “Maklumat Pengguna Berdaftar” anda dan anda bertanggungjawab sepenuhnya atas semua maklumat tersebut. Anda secara jelasnya memberikan persetujuan kepada MA tentang penggunaan Maklumat Pengguna Berdaftar seperti yang dihuraikan di dalam Terma ini dan Dasar Privasi kami.
    4. Hak untuk Menggunakan Maklumat Pengguna Berdaftar. Anda membenarkan kami untuk membuat salinan Maklumat Pengguna Berdaftar anda mengikut keperluan kami untuk memudahkan penggunaan dan penyimpanannya. Anda juga memberikan kami hak untuk menggunakan Maklumat Pengguna Berdaftar anda untuk menawarkan anda pengiklanan yang disasarkan, bahan promosi, ciri-ciri dan kaji selidik yang disesuaikan termasuk untuk menyesuaikan analisis kajian dan data yang dilakukan oleh MA atau mana-mana sekutunya atau untuk tujuan promosi atau pemasaran lain.
    5. Hak Cipta/Paten. Semua reka bentuk Laman dan Aplikasi Mudah Alih, teks, grafik, pos, logo, butang ikon, imej, gambar, klip audio, klip video, muat turun digital Tanda MA (seperti yang dihuraikan di bawah), perisian dan kompilasi data dimiliki sepenuhnya dan secara eksklusif oleh MA atau pembekalnya dan dilindungi oleh undang-undang hak cipta atau paten A.S. dan antarabangsa. Kompilasi, “lihat dan rasa” serta skema warna bagi semua isi kandungan di Laman dan Aplikasi Mudah Alih adalah harta eksklusif MA dan dilindungi oleh undang-undang hak cipta A.S. dan antarabangsa.
    6. Cap Dagangan. “Market America,” logo Market America, “Built on Product, Powered by People,” semua nama produk dan perkhidmatan serta logo MA, "UnFranchise," dan semua grafik MA, kepala halaman, butang ikon, logo, skrip dan semua tanda berdaftar dan tidak berdaftar dan nama perkhidmatan yang digunakan oleh MA adalah tanda perkhidmatan, nama dagangan, cap dagangan dan/atau rupa dagangan milik MA (secara kolektifnya “Cap MA”). Anda tidak boleh menggunakan Cap MA atas sebarang sebab atau tujuan sekalipun. Semua cap dagangan bukan milik MA yang dipaparkan di Laman adalah harta pemilik masing-masing, yang mungkin atau mungkin tidak berkaitan, berhubung atau ditaja oleh MA.
  8. Siaran, Komen, atau Kandungan lain Pengguna Anda mengiktiraf bahawa semua isi kandungan dan maklumat, perisian, gambar, video, teks, grafik, muzik, bunyi, soalan, cadangan kreatif, mesej, komen, maklum balas, idea, resipi, nota, lakaran, artikel dan bahan-bahan lain yang disiarkan, diemel, atau dihantar dengan cara lain ke atau di laman web ini, sama ada disiarkan atas permintaan kami atau secara sukarela, dan sama ada disiarkan secara umum atas dihantar secara persendirian (secara kolektif, “Siaran”), adalah tanggungjawab penuh individu yang membuat Siaran tersebut. Ini bermaksud anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk semua Siaran yang disiarkan, emel atau hantar melalui cara lain ke laman web ini. MA tidak mengawal Siaran yang dipaparkan, diemel atau dihantar dengan cara lain di laman web ini oleh individu lain dan, oleh yang demikian, tidak menjamin ketepatan, integriti atau kualiti Siaran tersebut. Walaupun MA telah mengamalkan standard dan memberikan garis panduan untuk pengguna di laman web ini (seperti yang dinyatakan di bawah), anda memahami bahawa dengan menggunakan laman web ini, anda mungkin terdedah kepada Siaran yang menyinggung atau boleh dipersoalkan. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang Siaran dalam apa cara sekalipun (melainkan isi kandungan yang dicipta oleh kami), termasuk, tetapi tidak terhad kepada, ralat atau kekurangan dalam mana-mana Siaran, atau untuk sebarang kerugian atau kerosakan yang dihasilkan oleh penggunaan sebarang Siaran yang dipaparkan, diemel atau dihantar dengan cara lain atau melalui laman web ini. Anda bersetuju untuk tidak menggunakan laman web ini (termasuk sebarang Ruangan Sembang atau Seksyen Komen) untuk:
    1. Memuat naik, menyiarkan, emel atau menghantar dengan cara lain sebarang Siaran atau bahan-bahan lain yang menyalahi undang-undang, merbahaya, mengancam, menyinggung, mengganggu, mencerca, mengecam, salah, menyakitkan hati, memfitnah, kasar, lucah, mengganggu privasi orang lain, bersifat kebencian atau perkauman, atau sebarang bentuk salah laku lain (mengikut budi bicara mutlak kami);
    2. Membahayakan golongan minoriti dalam apa cara sekalipun;
    3. Menyamar sebagai mana-mana individu atau entiti, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pengarah, pegawai, kakitangan, pemegang saham, ejen atau wakil MA, syarikat sekutunya atau mana-mana individu atau entiti lain, atau menyatakan secara palsu atau dengan cara lain mengelirukan perkaitan anda dengan MA, syarikat sekutunya atau mana-mana individu atau entiti lain;
    4. Memalsukan tajuk atau memanipulasi pengecam untuk menyembunyikan Siaran atau bahan-bahan asal lain yang dihantar kepada atau melalui laman web;
    5. Memuat naik, menyiar, emel atau dengan cara lain menghantar sebarang Siaran atau bahan lain bukan hak anda untuk memuat naik, menyiarkan, emel atau menghantarnya dengan cara lain bawah mana-mana jenis undang-undang atau hubungan kontrak atau hubungan fidusiari (seperti maklumat dalaman, maklumat proprietari dan sulit yang diketahui atau didedahkan sebagai sebahagian daripada hubungan pekerjaan atau bawah perjanjian ketakdedahan);
    6. Memuat naik, menyiar, emel atau menghantar dengan cara lain sebarang Siaran atau bahan lain yang melanggar sebarang paten, tanda dagangan, rahsia dagangan, hak cipta, hak privasi atau publisiti atau hak-hak proprietari lain oleh mana-mana pihak;
    7. Memuat naik, menyiar, emel atau dengan cara lain menghantar sebarang iklan tanpa diminta atau kebenaran, bahan promosi, "mel remeh," "spam," "surat berantai," atau apa-apa bentuk pendekatan komersial lain, kecuali di kawasan, sekiranya wujud, yang dikhususkan untuk tujuan ini;
    8. Memuat naik, menyiar, emel atau sebaliknya menghantar apa-apa Siaran atau bahan lain yang mengandungi virus perisian atau kod komputer lain, fail atau program yang direka khas untuk memberikan gangguan, menghapuskan atau mengehadkan fungsi sebarang perisian atau perkakasan komputer atau peralatan telekomunikasi;
    9. Mengganggu aliran normal dialog, menyebabkan skrin untuk “menatal” dengan lebih cepat daripada pengguna lain di laman web ini yang boleh menaip, atau dengan cara lain bertindak dalam cara yang mempengaruhi keupayaan pengguna lain secara negatif untuk menggunakan mana-mana bahagian laman web ini;
    10. Mengusik atau mengganggu laman web atau pelayan ini atau rangkaian yang bersambung di laman web ini, atau mengingkari mana-mana permintaan, prosedur, dasar-dasar atau peraturan rangkaian yang dihubungkan ke laman web ini;
    11. Melanggar undang-undang tempatan, negeri, negara atau antarabangsa dengan atau tanpa niat, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, mana-mana peraturan yang dikuatkuasakan oleh undang-undang;
    12. “Menghendap” atau dalam cara lain mengganggu pengguna lain atau kakitangan laman web tersebut; atau
    13. Mengumpul atau menyimpan data peribadi atau cubaan untuk mengumpul atau menyimpan data peribadi tentang pengguna lain di laman web ini.
  9. Kelebihan yang diberikan kepada anda untuk menggunakan laman web ini (termasuk mana-mana Ruangan Bual atau Seksyen Komen) dan untuk menyumbang kepada perbincangan di Ruangan Bual atau Seksyen Komen bergantung kepada kepatuhan anda terhadap standard dan panduan kelakuan seperti yang ditetapkan di atas. MA boleh membatalkan keistimewaan anda untuk menggunakan seluruh atau sebahagian daripada laman web ini dan/atau mengambil sebarang tindakan yang bersesuaian untuk menguatkuasakan standard dan panduan kelakuan ini sekiranya terdapat sebarang pelanggaran yang dikenalpastinya. Selain itu, jika anda gagal untuk mematuhi piawaian dan panduan kelakuan MA, MA boleh menamatkan, secara mutlaknya, penggunaan laman web ini oleh anda.

    Semua Siaran adalah untuk kegunaan awam dan bukan komunikasi tertutup. MA berhak untuk menyelia sebahagian, keseluruhan, atau tiada bahagian dalam laman web ini untuk pematuhan kepada piawaian dan panduan kelakuan seperti yang tertera di atas atau apa-apa tujuan lain. Anda mengiktiraf bahawa dengan diberikan keupayaan untuk mengedar Siaran di mana-mana Ruangan Bual atau Seksyen Komen, MA bertindak sebagai konduit pasif untuk pengedaran tersebut dan MA tidak akan memikul sebarang tanggungjawab atau liabiliti yang berkaitan dengan mana-mana Siaran atau Komen. Walaupun MA berhak untuk memadamkan, tanpa notis, mana-mana Siaran atas sebarang sebab, MA tidak dipertanggungjawabkan untuk memadam Siaran yang anda rasakan tidak tepat atau menyinggung.

  10. Penerbitan. Anda memahami bahawa Siaran boleh dihasilkan semula, disebar dan digunakan oleh MA dan syarikat berkaitan dengannya, syarikat sekutu, serta subsidiari di seluruh dunia. Anda memahami bahawa nama, testimoni, imej anda, dan bahan-bahan lain yang berkaitan mungkin diedarkan melalui pelbagai media, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, promosi atau bahan berita, laman web internet atau intranet, blog, laman media sosial, dan/atau emel, atau digunakan dalam apa jua acara yang dianjurkan oleh MA, tanpa sebarang kebenaran atau notis lanjut kepada anda. Anda menyerahkan dan mengiktiraf bahawa MA dan sekutunya, pegawai, pengarah, kakitangan, wakil-wakil, pengganti dan petugas adalah bebas daripada mana-mana dan semua liabiliti atas kerosakan yang mungkin berlaku pada bila-bila masa akibat daripada penggunaan atau penyebaran Siaran anda. Anda memahami bahawa anda tidak akan menerima sebarang pampasan bagi Siaran anda dan selamanya diketepikan daripada sebarang atau semua hak, pampasan, royalti, atau pembayaran lain yang berkaitan dengan penggunaan Siaran tersebut.
  11. Melindungi Hak Cipta / Hak Intelektual. MA menghormati hak intelektual individu lain. Berikut adalah Notis dan Prosedur untuk Membuat Tuntutan Pelanggaran Hak Cipta kami. Jika anda percaya bahawa karya anda telah ditiru dalam cara yang menunjukkan pelanggaran hak cipta, sila berikan maklumat bertulis yang dinyatakan di bawah kepada ejen hak cipta MA. Prosedur ini adalah untuk memaklumkan MA secara eksklusif bahawa bahan hak cipta anda telah dicabuli.
    • Sebuah tandatangan elektronik atau fizikal oleh individu yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak pemilik hak cipta;
    • Huraian tentang karya hak cipta yang anda nyatakan telah dicabuli;
    • Huraian tentang lokasi di Laman tentang bahan yang anda nyatakan telah dicabuli;
    • Alamat, nombor telefon, dan alamat emel anda;
    • Satu kenyataan daripada anda bahawa anda percaya dengan yakin tentang penggunaan yang dipertikaikan itu tidak dibenarkan oleh pemilik hak cipta, ejennya, atau di sisi undang-undang;
    • Satu kenyataan daripada anda, dibuat bawah penalti sumpah bohong, bahawa maklumat di atas dalam notis anda adalah tepat dan anda adalah pemilik hak cipta atau diberi kebenaran untuk mengambil tindakan bagi pihak pemilik hak cipta.

  12. Notis pelanggaran hak cipta untuk Ejen MA boleh dihubungi seperti berikut:
    Pentadbir Hak Cipta
    Market America, Inc.
    1302 Pleasant Ridge Road
    Greensboro, North Carolina 27409
    copyrights@marketamerica.com
  13. Harga. Melainkan dinyatakan sebaliknya, Harga item yang dipaparkan di Laman mewakili harga runcit penuh item. Walaupun kami telah cuba sedaya upaya, dari semasa ke semasa, mungkin terdapat maklumat harga yang tidak tepat di Laman. Kami mempunyai hak untuk membetulkan sebarang bentuk ralat, kesilapan atau kekurangan dan untuk mengubah atau mengemaskini maklumat pada bila-bila masa tanpa notis awal (termasuk selepas anda telah menghantar pesanan anda). Jika harga sesuatu item didapati lebih tinggi daripada harga yang dipaparkan, kami akan, atas budi bicara kami, sama ada menghubungi anda untuk arahan sebelum penghantaran atau membatalkan pesanan serta memaklumkan anda tentang pembatalan tersebut.
  14. Pembayaran. Apabila anda membeli satu item daripada Laman, anda mesti memberikan satu nombor kad kredit atau debit yang sah. Anda mewakili dan menjamin bahawa anda adalah seorang pengguna kad kredit atau debit yang sah. Anda bertanggungjawab untuk pembayaran cukai dan caj penghantaran dan pengendalian yang berkaitan (yang akan dimasukkan ke dalam invois pesanan anda).
  15. Dasar Pemulangan. Dasar pemulangan MA boleh didapati di: https://my.getlayered.com/site/return-policy.
  16. Polisi Penghantaran. Dasar penghantaran MA boleh ditemui di: https://my.getlayered.com/site/shipping-policy.
  17. Risiko Kehilangan. Risiko kehilangan dan hak milik bagi semua item yang dibeli daripada Laman atau Aplikasi Mudah Alih diberi kepada anda apabila menghantar item kepada syarikat penghantaran.
  18. Huraian Produk / Perkhidmatan. Kami telah mencuba sedaya upaya untuk memberikan maklumat yang tepat, tetapi kami tidak menjamin bahawa huraian produk dan perkhidmatan, warna atau kandungan lain di Laman adalah tepat, lengkap, terkini atau bebas daripada ralat. Kami mempunyai hak untuk membetulkan sebarang ralat, kesalahan atau kekurangan dan untuk mengubah atau mengemaskini maklumat pada bila-bila masa tanpa notis awal (termasuk selepas anda telah menghantar pesanan anda). Jika sesuatu produk yang ditawarkan di Laman tidak dihuraikan, anda boleh memulangkannya ke MA mengikut Dasar Pemulangan kami.
  19. Mata SHOP
    1. Pelanggan Keutamaan adalah berdaftar secara automatik dalam program Mata SHOP. Program ini membolehkan anda untuk mendapatkan 2% Mata SHOP untuk pembelian anda yang layak. Mata SHOP dikira berdasarkan jumlah pembelian yang dilayakkan, tidak termasuk sebarang dan semua bayaran, cukai, kos penghantaran, dan selepas penggunaan apa-apa kupon atau kod. Mata yang diperolehi anda boleh digunakan untuk membayar produk-produk yang tersedia di Laman.
    2. Pelanggan Keutamaan akan dikreditkan, tertakluk kepada Terma berikut, peratusan atas Pembelian Bersih bagi produk-produk berkelayakan yang memaparkan logo Mata SHOP. “Pembelian bersih” ditakrifkan sebagai jumlah amaun yang dibayar untuk produk, tidak termasuk cukai, pembungkusan hadiah, penghantaran, kredit promosi, pemulangan, pembatalan dan yuran transaksi. Kami berhak, mengikut budi bicara kami, untuk menentukan produk yang akan memaparkan logo Mata SHOP.
    3. Ganjaran Mata SHOP untuk produk berkeyakan akan dimasukkan ke akaun Mata SHOP anda dengan segera. Selepas proses ini, sekiranya pembelian tersebut layak, ia akan ditandakan sebagai “tersedia” dalam akaun Mata SHOP anda dan ganjaran Mata SHOP yang berkaitan akan dilayakkan untuk penebusan. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan kami memaparkan ganjaran Mata SHOP yang betul dalam akaun anda.
    4. Penyelarasan untuk Mata SHOP yang dikreditkan secara salah akan dikenakan pada akaun Mata SHOP anda pada bila-bila masa oleh kami atas budi bicara kami. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan mana-mana penyelarasan yang dibuat kepada akaun anda, satu-satunya cara untuk memperbaikinya adalah dengan menarik diri daripada program Mata SHOP.
    5. Anda tidak akan memperoleh Mata SHOP atas pembelian yang berlaku apabila (a) pelayar anda tidak dikonfigurasikan untuk menerima kuki; (b) anda tidak log masuk sebagai Pelanggan Keutamaan; (c) pesanan dibatalkan kemudian atau barang atau perkhidmatan tersebut dipulangkan kemudian; atau (d) anda menjalankan transaksi "palsu", membuat sebarang gambaran yang salah berkenaan penyertaan anda dalam Mata SHOP MA, mengekalkan berbilang akaun Mata SHOP, atau sebaliknya tidak mematuhi Terma ini.
    6. Kami mungkin menutup akaun Mata SHOP anda jika kami menamatkan Langganan anda dan/atau menolak, mengehad, menggantung atau menamatkan Penggunaan anda terhadap semua atau sebahagian daripada Laman tersebut, jika anda menamatkan Langganan anda, atau jika akaun Mata SHOP anda tidak aktif selama 12 bulan (iaitu, tiada pembelian berkelayakan dalam tempoh 12 bulan yang sebelumnya). Ganjaran Mata SHOP terakru tetapi tidak ditebus dalam akaun Mata SHOP yang ditutup akan dipulangkan kepada kami.
    7. Kami berhak menamatkan program Mata SHOP pada bila-bila masa sahaja dengan notis. Notifikasi penamatan akan dihantar ke alamat emel yang diberikan kepada kami semasa proses pendaftaran Pelanggan Keutamaan.
    8. Semua penebusan Mata SHOP adalah muktamad.
  20. Dasar Privasi. Penggunaan Laman ini tertakluk kepada Dasar Privasi getlayered.com, yang digabungkan bersama Terma ini melalui rujukan.
  21. Penafian.
    1. Pengguna. MA tidak akan bertanggungjawab atau menanggung liabiliti, dan tidak menjamin, secara nyata atau tersirat, terhadap kelakuan mana-mana Pengguna di Laman ini.
    2. Laman Web Pihak Ketiga. Laman ini mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga. MA tidak akan bertanggungjawab atau menanggung liabiliti atas isi kandungan, kecukupan, ketepatan atau pendapat yang dinyatakan di laman pihak ketiga tersebut. Pautan ke laman pihak ketiga tidak bermaksud MA memberikan kebenaran atau pengendorsan, atau perjanjian bersama, isi kandungan laman tersebut. Jika anda memilih untuk mengakses laman web pihak ketiga, anda boleh lakukan sedemikian atas risiko sendiri.
    3. Pengiklanan/Permohonan Pihak Ketiga. MA tidak bertanggungjawab atau menanggung liabiliti terhadap iklan pihak ketiga, atau permohonan yang dipaparkan di atau melalui Laman, atau barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengiklannya.
    4. Ketersediaan Laman. Laman atau sebahagian daripadanya mungkin tidak tersedia dari semasa ke semasa untuk penyelenggaraan atau sebab-sebab lain. MA tidak bertanggungjawab atau menanggung liabiliti terhadap sebarang ralat, kekurangan, gangguan, kecacatan, penangguhan dalam operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau pemusnahan atau akses tanpa kebenaran ke, atau perubahan, mana-mana komunikasi Pengguna. MA tidak bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kerosakan teknikal bagi mana-mana rangkaian, perkhidmatan atau talian telefon, sistem komputer, sistem dalam talian, pelayan atau penyedia, komputer, telefon bimbit atau peralatan lain, perisian, kegagalan sebarang emel disebabkan masalah teknikal atau kesesakan trafik di Internet atau di Laman atau gabungan kedua-duanya, termasuk apa-apa kecederaan atau kerosakan kepada Pengguna atau kepada komputer orang lain, telefon bimbit, telefon pintar, tablet atau peralatan lain yang berkaitan atau diakibatkan oleh Penggunaan Laman. Dalam apa juga keadaan sekalipun MA tidak akan bertanggungjawab atau menanggung apa-apa kehilangan atau kerosakan, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kecederaan diri, kerosakan harta benda atau kematian, hasil daripada PENGGUNAAN LAMAN INI OLEH SESIAPA, ATAU DARIPADA PERLAKUAN PARA PENGGUNA DI LAMAN.
    5. PENAFIAN JAMINAN. LAMAN, APLIKASI MUDAH ALIH DAN ISI KANDUNGAN LAMAN INI DISEDIAKAN ATAS DASAR “SEDIA ADA" DAN “SEPERTI TERSEDIA” TANPA SEBARANG BENTUK JAMINAN, SAMA ADA SECARA TERSURAT, TERSIRAT, BERKANUN, ATAU DALAM CARA LAIN TERMASUKLAH, DAN TIDAK TERHAD KEPADA, JAMINAN TAJUK ATAU JAMINAN YANG DISEDIAKAN UNTUK KEBOLEHDAGANGAN, SAH, ATAU KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU. MA TIDAK MENJAMIN SEBARANG KEPUTUSAN YANG SPESIFIK DARIPADA PENGGUNAAN LAMAN ATAU APLIKASI MUDAH ALIH INI. MA TIDAK MEWAKILI ATAU MENJAMIN BAHAWA PERISIAN ATAU ISI KANDUNGAN LAMAN ADALAH TEPAT, LENGKAP, BOLEH DIPERCAYAI, TERKINI ATAU BEBAS RALAT ATAU BAHAWA LAMAN, APLIKASI MUDAH ALIH, PELAYAN, ATAU APLIKASI PLATFORM ADALAH BEBAS DARIPADA VIRUS, PERISIAN HASAD ATAU KOMPONEN LAIN YANG MEMBAHAYAKAN. ANDA MENGIKTIRAF BAHAWA, DENGAN MENGGUNAKAN LAMAN ATAU APLIKASI MUDAH ALIH INI, MENGIKUT KESESUAIAN, BAHAWA ANDA MENANGGUNG RISIKO SENDIRI, SELAIN BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA ATAS SEMUA KOS YANG BERKAITAN DENGAN KEHILANGAN DATA DAN PERKHIDMATAN ATAU PEMBAIKAN YANG DIPERLUKAN ATAS SEBARANG PERALATAN YANG DIGUNAKAN UNTUK KEGUNAAN ANDA, DAN BAHAWA MA TIDAK AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN ATAS APA-APA JENIS KEROSAKAN BERKAITAN DENGAN PENGGUNAAN LAMAN ATAU APLIKASI MUDAH ALIH OLEH ANDA. SESETENGAH BIDANG KUASA TIDAK MEMBENARKAN PENGGUGURAN JAMINAN TERTENTU ATAU PEMBATASAN ATAU PENGGUGURAN LIABILITI TERHADAP KEROSAKAN. PADA MASA SAMA, BEBERAPA PEMBATASAN DAN PENAFIAN DI ATAS MUNGKIN TIDAK TERPAKAI UNTUK ANDA. SEKIRANYA KAMI TIDAK, MENGIKUT UNDANG-UNDANG YANG BERKAITAN, MENAFIKAN MANA-MANA JAMINAN ATAU MENGEHADKAN LIABILITI KAMI, SKOP DAN TEMPOH JAMINAN TERSEBUT DAN TAHAP LIABILITI KAMI AKAN DIKIRA SEBAGAI TAHAP MINIMUM YANG DIBENARKAN BAWAH UNDANG-UNDANG TERSEBUT.
  22. Pembatasan Liabiliti. DALAM APA-APA JUA KEADAAN SEKALI PUN, MA, PENGARAHNYA, PEGAWAI, KAKITANGAN, PEMEGANG SAHAM, WAKIL ATAU EJEN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KEPADA ANDA ATAU MANA-MANA PIHAK KETIGA UNTUK SEBARANG JENIS KEROSAKAN YANG SECARA TIDAK LANGSUNG, KESAN DARIPADA, GANTI-RUGI TELADAN, SAMPINGAN, KHAS ATAU BERBENTUK HUKUMAN, TERMASUK KEHILANGAN DATA ATAU KEROSAKAN KEHILANGAN KEUNTUNGAN DIAKIBATKAN DARIPADA PENGGUNAAN LAMAN OLEH ANDA ATAU ISI KANDUNGAN LAMAN WALAUPUN JIKA MA TELAH DINASIHATKAN MENGENAI KEMUNGKINAN BERLAKUNYA KEROSAKAN TERSEBUT. WALAUPUN SEKIRANYA TERDAPAT SESUATU YANG BERTENTANGAN DENGAN ISI KANDUNGAN YANG TERTERA DI SINI, LIABILITI MA KEPADA ANDA ATAS SEBARANG SEBAB DAN TIDAK MENGIRA SEBARANG BENTUK TINDAKAN, ADALAH TERHAD SEPANJANG MASA KEPADA JUMLAH YANG DIBAYAR OLEH ANDA KEPADA MA UNTUK KEGUNAAN LAMAN ITU SAHAJA, SEKIRANYA ADA, SEPANJANG ANDA BERDAFTAR SEBAGAI PENGGUNA LAMAN TERSEBUT. ANDA AKUR BAHAWA JIKA ANDA TIDAK MEMBUAT PEMBAYARAN KEPADA MA BAGI PENGGUNAAN LAMAN, ANDA AKAN DIHADKAN KEPADA RELIEF INJUNKSI SAHAJA, MELAINKAN SEKIRANYA DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, DAN TIDAK HARUS DIPERTANGGUNGJAWABKAN TERHADAP SEBARANG JENIS KEROSAKAN DARIPADA MA, TIDAK MENGIRA SEBAB TINDAKAN TERSEBUT.
  23. Kawalan Eksport A.S. Perisian tersedia yang berkait dengan Laman (“Perisian”) tertakluk kepada kawalan eksport Amerika Syarikat. Anda tidak boleh memuat turun daripada Laman atau dengan cara lain mengeksport atau mengeksport semula Perisian yang melanggar undang-undang eksport A.S. Muat turun atau penggunaan Perisian adalah atas tanggungan risiko sendiri.
  24. Pertikaian. Kesemua terma ini akan diuruskan oleh, dan dibentuk dengan mengikut undang-undang negeri North Carolina, tanpa mengambil kira pertikaiannya terhadap peruntukan undang-undang. Sebarang bentuk dan semua tindakan atau perbicaraan yang wujud daripada atau berkaitan dengan semua terma, Laman atau Kandungan Laman ini, akan dibentuk dan dibicarakan dalam mahkamah yang mempunyai bidang kuasa setara di Guilford County, North Carolina. Maka, anda dan MA bersetuju untuk menghantar ke mahkamah bidang kuasa peribadi eksklusif yang terletak di mahkamah Guilford County, North Carolina untuk menyelesaikan sebarang pertikaian yang timbul daripada Terma, Laman atau Isi Kandungan Laman ini. MAKA, SETIAP PIHAK MENYEDARI, SECARA SUKARELA DAN DENGAN NIAT MELEPASKAN SEBARANG HAK YANG DIMILIKI DALAM SESEBUAH PERBICARAAN OLEH JURI BERKENAAN DENGAN MANA-MANA LITIGASI (TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA MANA-MANA DAKWAAN, TUNTUTAN BALAS, TUNTUTAN BERSILANG, ATAU TUNTUTAN PIHAK KETIGA) YANG TERHASIL DARIPADA, BAWAH ATAU BERKAITAN DENGAN SEMUA TERMA INI. SELAIN DARIPADA ITU, SETIAP PIHAK, DENGAN INI, MENGESAHKAN BAHAWA TIADA WAKIL ATAU EJEN BAGI MANA-MANA PIHAK YANG MEWAKILI, SECARA JELAS ATAU TIDAK, BAHAWA PIHAK TERSEBUT TIDAK AKAN MEMINTA UNTUK MENGUATKUASAKAN PELEPASAN HAK INI DI PERUNTUKAN PERBICARAAN JURI. SETIAP PIHAK MENGAKUI BAHAWA SEKSYEN INI ADALAH BAHAN DORONGAN UNTUK PIHAK LAIN YANG TERMASUK DALAM TERMA-TERMA INI.
  25. Larangan Kelas dan Tindakan Wakil serta Bantuan Bukan Individu. ANDA DAN MA BERSETUJU BAHAWA SETIAP DARIPADA KAMI HANYA BOLEH MEMBUAT TUNTUTAN TERHADAP ANTARA SATU SAMA LAIN ATAS DASAR INDIVIDU, DAN BUKAN SEBAGAI SEORANG PLAINTIF ATAU AHLI KELAS DI MANA-MANA KELAS YANG SERUPA DENGANNYA ATAU TINDAKAN WAKIL ATAU PERBICARAAN. MELAINKAN ANDA DAN MA MEMPERSETUJUINYA, PIHAK MAHKAMAH TIDAK BOLEH MENGGABUNGKAN ATAU MENYAMBUNGKAN LEBIH DARIPADA TUNTUTAN SATU ORANG ATAU SATU PIHAK, DAN TIDAK BOLEH MENGATASI SEBARANG BENTUK PROSIDING GABUNGAN, WAKIL, ATAU KELAS. SELAIN ITU, PIHAK MAHKAMAH MUNGKIN MEMBERIKAN RELIEF (TERMASUK RELIEF KEWANGAN, INJUKTIF, DAN PENGISYTIHARAN) HANYA JIKA PIHAK INDIVIDU MEMINTA RELIEF DAN CUMA SEHINGGA TAHAP YANG DIPERLUKAN UNTUK PEMBERIAN RELIEF YANG DIPERLUKAN OLEH TUNTUTAN PIHAK INDIVIDU TERSEBUT. SEBARANG PEMBERIAN RELIEF TIDAK BOLEH MEMPENGARUHI PENGGUNA LAIN DI LAMAN ITU.
  26. Ganti Rugi. Anda bersetuju untuk melindungi dan tidak mengancam MA dan wakilnya, pegawai, pekerja, pengarah, ejen, dan memberikan, atas tanggungan anda, daripada dan terhadap sebarang bentuk kerugian, liabiliti, tuntutan, kerosakan, dakwaan, permintaan, tindakan dan/atau kos (termasuk tanpa mengehadkan bayaran dan kos peguam yang munasabah) yang dilakukan oleh mana-mana pihak ketiga yang timbul daripada atau berkaitan dengan a) tindakan atau bukan tindakan anda; b) Penggunaan akaun getlayered,com oleh anda atau pihak lain; c) pelanggaran atau pencabulan anda terhadap Terma-terma ini; d) pelanggaran anda terhadap perwakilan dan jaminan yang ditetapkan dalam Terma-terma ini; e) Siaran anda dan/atau f) Maklumat Pengguna Berdaftar yang diberikan anda atau individu lain melalui akaun anda.
  27. Lain-lain. Terma-terma ini, termasuk semua dokumen yang dijadikan rujukan di sini, mungkin akan diubahsuai dari semasa ke semasa, membentuk seluruh perjanjian antara anda dan MA mengenai Penggunaan Laman ini. Kegagalan MA untuk mengambil tindakan atau menguatkuasakan sebarang hak atau peruntukan terhadap Terma ini tidak boleh dianggap sebagai penafian terhadap hak atau peruntukan tersebut. Tajuk seksyen dalam Terma ini adalah untuk kemudahan sahaja dan tiada kesan undang-undang atau kontraktual. Terma ini beroperasi sepenuhnya sepertimana yang dibenarkan oleh undang-undang. Jika terdapat mana-mana peruntukan dalam Terma-terma ini yang melanggar undang-undang, tidak sah atau tidak dapat dikuatkuasakan, peruntukan itu disifatkan sebagai terasing daripada Terma ini dan tidak mempengaruhi kesahihan dan penguatkuasaan peruntukan yang lain.
  28. Sila hubungi kami di: unfranchiseservices@marketmalaysia.my jika anda mempunyai apa-apa soalan tentang Terma ini.

    SAYA TELAH MEMBACA DAN BERSETUJU DENGAN SEMUA PERUNTUKAN YANG TERKANDUNG DALAM TERMA-TERMA INI.