Dasar Pemulangan
25 Februari 2020
Kebanyakan item yang dibeli daripada Market America melalui my.getlayered.com boleh dipulangkan dengan pembayaran balik penuh dan pengurangan caj penghantaran, dalam tempoh 180 hari kalendar bagi tarikh item tersebut dihantar kepada anda. Item pesanan khas dan kad hadiah tidak boleh dipulangkan untuk mendapatkan bayaran balik atas sebarang sebab sekalipun.
Sekiranya anda ingin memulangkan sebarang item kepada Market Malaysia, sila hubungi jabatan pembayaran balik kami untuk Nombor Kebenaran Pemulangan (RA#) sebelum memulangkan item anda. Anda boleh menghubungi kami melalui emel di [email protected] atau hubungi kami di talian 03-2289 3388. Mana-mana item yang cuba dipulangkan kepada kami tanpa RA# yang sah akan dihantar semula kepada anda atas kos dan perbelanjaan yang ditanggung sendiri oleh anda.
Untuk mendapatkan bayaran balik atas sebarang item:
- Item tersebut mestilah belum dibuka, belum digunakan, dan dalam keadaan baharu serta boleh dijual semula.
- Item mestilah dalam bungkusan, bahagian dan aksesori yang asal;
- Sekiranya sesuatu item dibungkus dengan beg atau pembalut plastik apabila dihantar kepada anda, ia mestilah belum dibuka dan masih berada dalam bungkusan tersebut;
- Item tersebut mestilah bukan produk yang ditempah khas atau kad hadiah.
Kami tidak akan bertanggungjawab atas item yang hilang atau rosak semasa penghantaran pemulangan. Sekiranya anda bimbang mengenai item yang hilang atau rosak semasa penghantaran, sila ambil insurans bagi bungkusan tersebut mengikut nilai item yang sedang dipulangkan.
Anda bertanggungjawab terhadap kos penghantaran semula dan insurans berkenaan.
Walaupun kami telah melakukan yang terbaik untuk memastikan setiap pesanan diuruskan dengan tepat, kadangkala, terdapat isu dengan pesanan anda. Sila ambil masa untuk memeriksa pesanan anda dengan teliti apabila anda menerimanya. Sekiranya terdapat sebarang ralat, sila hubungi kami di [email protected] atau hubungi kami di talian 03-2289 3388 dalam tempoh 15 hari selepas menerima pesanan anda.