Dasar Privasi
25 Februari 2020
Dasar Privasi ini terpakai untuk getlayered.com, yang dimiliki dan dioperasikan sepenuhnya oleh Market America, Inc. dan sekutunya (termasuk, tidak terhad kepada, Market Malaysia Shop Sdn. Bhd; yang secara kolektif dirujuk sebagai (“Market America”) dan boleh diakses melalui getlayered.com dan domain yang berkaitan secara langsung (“Laman”).
Kami menghargai kepercayaan yang diberikan kepada Market America, dan kami komited dalam menghormati privasi dan keselamatan maklumat peribadi anda. Dasar privasi kami menerangkan maklumat yang kami kumpul dan cara ia digunakan. Dengan melayari atau menggunakan Laman ini, anda telah menerima semua tindakan yang akan dihuraikan dalam Dasar Privasi ini.
Kami bekerjasama dengan Shop MA, Inc., SHOP.COM Marketplace, Inc., Layered, Lumiere de Vie®, LLC, Conquer Entertainment, Inc., UnFranchise Business Services, LLC, Live Enterprise, LLC, ma Cares, nutraMetrix® Educational Institute, Market America Worldwide, Inc. dan setiap satu daripada pelbagai subsidiari dan syarikat sekutu mereka (secara kolektifnya “Syarikat Sekutu”) dan maklumat peribadi, teknikal dan budi bicara anda mungkin akan dikongsi dengan setiap satu daripada Syarikat Sekutu ini, mengikut budi bicara Market America, Inc. Atas sebab ini, sepanjang Terma ini, rujukan yang dibuat kepada “Market America” “MA” “Syarikat” dan “kami” secara kolektifnya merangkumi Market America, Inc., dan Syarikat Sekutunya. Laman ini berpangkalan di Amerika Syarikat.
Maklumat yang Kami Kumpul
Bagi menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk memenuhi keperluan anda, dari semasa ke semasa, kami akan mengumpul maklumat tertentu daripada anda.
- Maklumat Peribadi. Maklumat yang kami kumpul mungkin termasuk, tidak terhad kepada, nama anda, alamat, nombor telefon, alamat emel, tabiat membeli, data peribadi (seperti jenis kulit anda, rutin penjagaan kulit, masalah penjagaan kulit, umur) maklumat korporat, testimoni, maklumat kad kredit dan tarikh lahir. Maklumat peribadi akan diambil pada masa yang berbeza apabila anda melakukan, dan tidak terhad kepada, perkara yang berikut,:
- Mendaftar sebagai Pelanggan Keutamaan
- Memesan atau membuat pesanan semula produk, perkhidmatan dan/atau kad hadiah melalui telefon atau Laman ini
- Menulis emel atau surat kepada Market America
- Mendaftar dengan atau menggunakan AutoShip
- Menyertai Program Mata SHOP kami
- Menghantar ulasan produk atau testimoni kepada Market America
- Melengkapkan analisis penjagaan kulit
- Memulangkan item atau membuat penukaran
- Menyertai kaji selidik pasaran, promosi atau acara
- Menghubungi khidmatan pelanggan atau jabatan maklumat produk kami
- Menggelintar laman web
- Mendaftar di laman web kami
- Memesan produk dan perkhidmatan daripada Stor Rakan kami
- Maklumat teknikal yang dikumpul dan disimpan secara automatik oleh kami. Apabila anda melayari Laman ini, kami mungkin akan menyimpan beberapa atau semua perkara berikut: alamat Internet yang digunakan anda untuk mengakses Laman tersebut, tarikh dan waktu anda melayari Laman tersebut, sama ada sebagai pelawat baru atau berulang, halaman terakhir sebelum anda keluar dari Laman tersebut, lokasi negara ketika anda melayari Laman tersebut (lokasi rangkaian anda), alamat Internet bagi laman web yang menghubungkan anda dengan Laman tersebut, nama fail atau perkataan yang anda cari, item yang diklik di sebarang halaman dan pelayar serta sistem kendalian yang digunakan.
- Kuki. Tambahan itu, kami menyimpan maklumat tertentu daripada pelayar anda dengan menggunakan kuki. Kuki adalah fail data kecil yang disimpan oleh pelayar web di komputer anda. Kuki yang digunakan kami termasuk, tetapi tidak terhad kepada, sesi kuki ID dan kuki berulang.
Menggunakan Maklumat yang Kami Kumpul
Kami ingin memberikan pengalaman internet yang terbaik untuk anda dan memenuhi pesanan anda seperti yang diinginkan. Tambahan itu, kami ingin menjadikan pengalaman anda sebagai pelanggan Market America sebagai sesuatu yang mudah. Bagi mencapai matlamat ini, kami akan mengumpulkan maklumat, tanpa had, yang membolehkan kami untuk:
- Penggunaan Maklumat Peribadi
- Memproses pesanan anda
- Memadankan anda dengan Penasihat Stor yang paling sesuai
- Menyediakan produk dan perkhidmatan yang diminta
- Bekerjasama dengan stor yang diingini anda
- Menghantar tawaran promosi kepada anda
- Mengenal pasti pilihan produk dan perkhidmatan yang disukai anda
- Menyesuaikan komunikasi kami bersama anda
- Menyediakan maklumat tentang produk yang telah dibeli anda
- Memperbaiki pilihan produk dan perkhidmatan pelanggan kami
- Berkongsi testimoni positif produk anda dengan orang lain
- Menjejak Mata SHOP anda
- Termasuklah nama, cerita, testimoni, dan gambar anda di penerbitan Market America dan pihak ketiga, di risalah dan/atau media lain, di laman web yang dikendalikan oleh Market America, di laman web pihak ketiga, di media sosial dan blog Market America, di acara Market America, di CD dan DVD Market America, dalam mana-mana komunikasi Market America lain kepada Pemilik UnFranchise kami, Stor Rakan atau lain-lain, termasuk medium lain yang dilihat membantu atau bersesuaian oleh Market America.
- Penggunaan Maklumat Teknikal. Maklumat ini digunakan untuk menilai bilangan pelawat ke Laman tersebut dan pelbagai seksyen di Laman tersebut, peratus lawatan yang datang daripada carian kata kunci tertentu, purata masa yang diluangkan oleh pelawat di Laman tersebut dan purata bilangan halaman yang dilihat oleh pelawat. Ia juga mungkin akan digunakan untuk mengenalpasti prestasi sistem atau sebarang bahagian yang bermasalah. Kami juga menggunakan maklumat ini untuk membantu membangunkan Laman tersebut, menganalisis corak penggunaan, dan menjadikan laman tersebut lebih bermanfaat. Maklumat ini tidak digunakan untuk mengaitkan sebarang terma atau corak navigasi laman dengan pengguna individu. Laman ini akan melakukan penghapusan log web secara berkala. Kami menggunakan perkhidmatan analitik pihak ketiga untuk mengumpul dan menganalisis data ini, dan pada keadaan tertentu, kami akan memberi maklumat ini kepada entiti pihak ketiga yang mempunyai kontrak dengan kami bagi tujuan analisis trafik laman web dengan lebih lanjut.
- Penggunaan Kuki. Kuki dapat membantu mempertingkatkan, menyesuai dan menjejak pengalaman dalam talian anda, dan ini menjadikan sebarang maklumat yang diterima anda lebih relevan. Teknologi ini akan membolehkan anda untuk melayari laman web kami dengan lebih pantas apabila maklumat tersebut tersimpan di dalam pangkalan data kami kerana anda tidak perlu memasukkan semula maklumat yang sama atau log masuk setiap kali anda melayari laman tersebut.
Maklumat yang Kami Kongsi dengan Pihak Lain dan Hak Privasi Anda
Market America tidak menjual, menyewa atau memperdagangkan maklumat peribadi. Untuk memberikan perkhidmatan kepada para pelanggan dan Pelanggan Terpilih kami, kami akan berkongsi maklumat pesanan anda, beberapa maklumat peribadi anda dan maklumat tentang tabiat perbelanjaan anda dengan Pemilik UnFranchise Bebas Market America yang ditetapkan sebagai Penasihat Stor anda. Pemilik UnFranchise Market America wajib memperlakukan maklumat yang anda berikan dengan sulit.
Kami berkongsi maklumat tertentu secara terhad bersama Stor Rakan yang dilawati anda. Tambahan itu pula, kami mengikat kontrak dengan syarikat lain untuk menyediakan perkhidmatan tertentu, termasuk, tidak terhad kepada, pemprosesan kad kredit, penasihat IT, pencetakan, penghantaran, perkhidmatan internet, e-dagang, perhubungan awam dan media. Kami memastikan agar maklumat yang dikongsi bersama semua syarikat ini adalah terhad kepada yang diperlukan sahaja untuk menjalankan operasi mereka. Umumnya, syarikat tersebut dilarang sama sekali untuk berkongsi maklumat ini dengan sesiapa sahaja selain daripada Market America atau Pemilik UnFranchise Bebas.
Dalam keadaan tertentu, kami mungkin mendedahkan maklumat terperinci atas permintaan kerajaan dan perintah mahkamah, atau jika diperlukan undang-undang. Kami juga mungkin akan berkongsi maklumat dengan syarikat-syarikat yang membantu dalam perlindungan atau siasatan kes pemalsuan. Kami tidak memberikan maklumat kepada agensi-agensi atau syarikat-syarikat tersebut atas tujuan pemasaran atau perdagangan.
Apabila anda memberikan alamat emel kepada kami, anda mungkin akan menerima emel daripada kami atau daripada salah seorang Pemilik UnFranchise kami. Emel tersebut mungkin dihantar untuk membantu kami memproses pesanan anda, menjawab permintaan anda, menyediakan perkhidmatan pelanggan atau memaklumkan kepada anda tentang produk, perkhidmatan atau bahan promosi . Hasrat kami adalah untuk menghantar emel promosi kepada mereka yang ingin menerimanya sahaja. Kami menyediakan panduan arahan untuk membatalkan langganan emel tersebut.
Pautan ke Laman Lain
Kami menyediakan pautan ke laman lain melalui laman web kami. Kesemua laman tersebut beroperasi secara bebas daripada Market America dan mempunyai dasar privasi dan keselamatan mereka yang tersendiri. Kami menyarankan supaya anda melihat dasar-dasar ini di setiap laman yang dilawati.
Mengemaskini atau Menyemak Maklumat Anda
Anda boleh menyemak atau mengemaskini maklumat pelanggan atau Pelanggan Keutamaan anda (nama, alamat, nombor telefon, alamat emel, nombor kad kredit, dll.) di bawah Akaun Anda.
Keselamatan
Market America komited dalam usaha melindungi privasi maklumat peribadi anda. Hasrat kami adalah untuk melindungi daripada kehilangan, penyalahgunaan atau pengubahsuaian maklumat yang telah kami ambil daripada anda. Kami menggunakan pelbagai teknologi dan pemprosesan yang terkini untuk melindungi maklumat yang dikumpul dan kami mengehadkan maklumat yang diberikan kepada pihak ketiga.
Apabila anda membuat pembelian atau menghantar dokumen di laman kami, maklumat transaksi anda dihantar dalam format yang selamat dan disulitkan.
Privasi Kanak-kanak di Laman Web Kami
Laman kami bukan untuk digunakan oleh sesiapa yang berumur di bawah 18 tahun. Kami tidak mengumpul maklumat peribadi secara sengaja daripada individu yang berumur di bawah 18 tahun.
Persetujuan Anda
Dengan terus menggunakan Laman ini, anda bersetuju dengan pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi anda seperti diterangkan secara terperinci dalam Dasar Privasi ini.
Dasar Privasi, Terma Penggunaan, Notis dan Semakan
Penggunaan Laman ini oleh anda, dan sebarang pertikaian yang timbul daripadanya, adalah tertakluk kepada Dasar Privasi ini dan juga Terma Perkhidmatan kami dan semua peruntukan penyelesaian pertikaiannya termasuk had untuk kerosakan dan pilihan undang-undang. Kami berhak menukar Dasar Privasi dan Terma Perkhidmatan kami pada bila-bila masa. Semua perubahan dan penjelasan berkuatkuasa serta-merta, sebaik disiarkan di Laman ini. Jika kami membuat sebarang perubahan, kami akan memaparkannya dan akan menyatakan tarikh penguatkuasaan baharu bagi dasar ini. Kami mengesyorkan anda untuk merujuk kepada dasar ini dengan kerap untuk memahami Dasar Privasi kami yang terkini. Dasar Privasi ini terpakai kepada getlayered.com sahaja. Sebarang maklumat yang diberikan anda kepada Market America di luar skop Laman ini, termasuk, tidak terhad kepada, melalui marketamerica.com atau mana-mana laman web bersekutu yang lain, laman web yang dimiliki atau dikendalikan, dalam sebarang keadaan, melalui panggilan telefon, surat atau emel tidak tertakluk dalam Dasar Privasi ini.
Hubungi Kami
Kami sentiasa mengalu-alukan persoalan dan maklum balas anda. Untuk sebarang isu berkaitan dengan privasi, sila hubungi kami di [email protected].